Nuffnang ads

Wednesday, 13 November 2013

PETUA MERAWAT SAKIT GIGI



Petua Sakit Gigi – Merawat Dan Mengurangkan
Petua Sakit Gigi – Merawat Dan Mengurangkan - Sakit gigi amat menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:
  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
  • Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doctor  gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.

No comments:

Post a Comment