Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut
kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang
mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk
menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya
tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.
Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu
tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau
hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit,
barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda
kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
No comments:
Post a Comment