Nuffnang ads

Thursday, 19 September 2013

PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA



Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau sehingga rata dan jangan terlalu cair..
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar

PETUA KILATKAN SUDU DAN GARPU



1) Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air bersih dan kulit buah nanas selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan sabun pencuci pinggan seperti biasa dan bilas hingga bersih.

2) Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air asam jawa atau asam gelugur (asam keping) selama sejam. Kemudian lap dengan kain lembut hingga kering dan sapukan dengan minyak masak. Jemur seketika dan kemudian lap dengan kain bersih.