Untuk pembaca semua, mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat.
1.
Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih
akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan
membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah
dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2.
Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih
kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free
radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti
bakteria dan antivirus.
Sejenis
bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai
antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat
baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4.
Antiinflamasi.
Kajian juga
menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu
mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti
rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5.
Mengandungi banyak iodin.
Kandungan
iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap
hypertiroid.
6.
Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih
akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses
pencernaan di dalam saluran makanan.
7.
Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat
kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji
sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk
melawan jangkitan dan tumor.
8.
Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan
Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam
saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
No comments:
Post a Comment