Antara
khasiat yang boleh anda peroleh melalui pokok peria adalah merawat darah
tinggi, penyakit kencing manis,
cirit birit dan menghilangkan gatal akibat campak.
1. Buah
Peria
Dengan
memakan mentah atau dijadikan sebagai ulam, buah peria dikatakan mampu merawat
darah tinggi dan kencing manis serta mengubati cirit birit.
Selain itu,
amalan di atas turut boleh menyembuhkan
gout dan penyakit asma.Sebagai
tambahan, ia juga bertindak sebagai anti-radang. Jadi, ia berupaya menurunkan
panas badan, menyegarkan tubuh serta mematikan cacing.Jikalau anda mengalami
bisul dan nakkan ia cepat masak, boleh makan ataupun sapukan saja buahnya pada
mata bisul.
2. Daun
Peria
Sekiranya
anda berasa gatal-gatal akibat campak, tumbukkan beberapa helai daun peria dan
sedikit kunyit hingga lumat.
Kemudian,
sapukannya pada bahagian yang gatal. InsyaAllah rasa gatal itu akan hilang.
Selain
ditumbuk, daun peria yang direbus turut mempunyai khasiat tersendiri. Anda cuma
perlukan 5 helai daun peria. Bersihkannya dan rebus sampai mendidih.
Apabila anda
meminum air rebusan ini, ia boleh mengatasi masalah kesukaran membuang air
besar, membantu meningkatkan selera makan serta menambahkan air susu
ibu.Jikalau anda nak mencantikkan rambut pun boleh. Lumurkan saja air rebusan
tadi ke kepala anda sambil mengurutnya lebih kurang dalam 10 minit. Setelah itu,
biarkan saja ia lagi beberapa minit. Kemudian, barulah anda membilas rambut
dengan air bersih.
3. Akar
Peria
Andainya
anda sakit mata hati, cuba rebus akar peria hingga mendidih. Kemudian, biarkan
air rebusan tadi suam-suam kuku dan jiruskan saja ia pada mata yang sakit.Buat
sekurang-kurangnya sekali dalam sehari tau.
No comments:
Post a Comment