Bayam adalah
salah satu daripada sayuran yang menjadi pilihan ibu bapa kerana mereka
mempercayai khasiat yang ada pada sayuran ini. Sebenarnya, bayam atau nama
botaninya spinacia oleracea, ini bukan sahaja berkhasiat untuk kanak-kanak
tetapi berkhasiat buat semua.
1.
MEMBINA TULANG YANG KUAT
Pengambilan
sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang
terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan
maksimum.
2.
MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK
Bayam juga
kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang
berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.
3.
MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Sifat
antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga
bagus dalam mengawal tekanan darah.
4.
MENCEGAH KANSER
Mengandungi
flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut,
mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan
prostat.
5. BAGUS
UNTUK IBU MENGANDUNG
Bayam
mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan
paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.
6. MATA
YANG SIHAT
Bayam mampu
melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan
pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.
No comments:
Post a Comment