Daun kaduk
atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih
tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk
sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai
khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu.
Daun kaduk
sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing,
lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan
merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum
kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas…
Daun
Kaduk Mengurangkan Keputihan
Pucuk kaduk
selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah atau di celur, daun
yg tua boleh direbus, sejukan dan di buat air basuhan selepas membuang air
kecil atau selepas habis haid.Khasiatnya ialah dapat menjadikan awet muda,
mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan kerengsaan pada bahagian sulit.
Daun
kaduk – buang angin dalam badan
Ambil sekeping pinang dan dikunyah bersama akar
pokok kaduk ini. Telan cecair yang keluar bersama untuk merawat batuk dan
menghilangkan asma.Untuk rawatan sakit gigi dan gusi pula, cuba kunyah daun
kaduk bersama halia, ia juga berupaya mengurangkan sakit tersebut.
Bagi
sesetengah orang yang dijangkiti kulat pada bahagian kaki,anda boleh mengambil
air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki anda. Jika anda mengalami
masalah penghadaman, ambil air rebusan daun kaduk dan minum. la juga boleh
merawat masalah usus dan mengeluarkan angin dalam perut. Ambil daunnya dan
gosok pada bahagian yang mengalami kesakitan seperti pada kulit.
Anda juga
boleh makan daun kaduk ini bersama nasi dan ia berupaya membantu proses
penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut. Ambil
beberapa helai daun kaduk dan panaskannya. Kemudian tampal pada bahagian dada
untuk menghilangkan sakit dada.
Jika anda
menggunakan seluruh bahagian daun kaduk dan ia dijadikan ubat minum, ia berupaya
merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak
perut. Selamat mencuba…..
No comments:
Post a Comment