Jika anda berjerawat atau mempunyai banyak bekas
jerawat di wajah, tentu anda akan cuba segala macam petua dan ubatan untuk
membuat jerawat dan bekasnya supaya menghilang dari wajah anda...ye tak?
Alam telah menyediakan ubat terbaik untuk
menyembuhkan jerawat dan merawat kecantikan kulit.
Anda boleh membersihkan kulit secara holistik dengan
menggunakan produk semulajadi dan mengambil makanan yang berkhasiat untuk
kesihatan diri.
Salah satu produk alam yang boleh digunakan untuk
merawat wajah berjerawat sekaligus mempercantik dan menegangkan kulit wajah
adalah madu.
Madu boleh digunakan sebagai masker wajah untuk
menghilangkan jerawat, bekas jerawat, serta mengurangkan kemerahan dan
kerengsaan akibat jerawat.
Madu mengandungi sifat penyembuh semulajadi yang
terdiri daripada enzim, antioksidan, dan anti bakteria yang boleh membantu
membersihkan kulit.
Selain itu, madu merupakan pelembab semulajadi yang
sangat bagus. Madu juga boleh mengurangkan kelebihan minyak pada
kulit. Masker wajah yang diperbuat dari madu sangat bagus untuk orang yang
mempunyai kulit sensitif.
Menggunakan madu 2-3 kali seminggu sebagai masker
wajah,ia bukan hanya akan mengurangkan jerawat dan bekasnya, tetapi juga akan
membuat kulit wajah anda bercahaya.
Ini adalah tips@petua menggunakan madu sebagai
masker wajah untuk menghilangkan jerawat dan bekasnya:
1. Gunakan bandana untuk mengelakkan rambut
terurai ke kawasan wajah sebelum menggunakan topeng wajah dari madu.
2. Buang semua make-up dan cuci wajah dengan
sabun lembut dan air hangat sebelum menggunakan topeng madu.
3. Tuangkan satu sudu makan madu asli ke dalam
mangkuk kecil. Jika mahu, anda boleh menghangatkan madu selama 10 saat
dalam microwave sebelum menggunakannya.
4. Oleskan madu menggunakan aplikator atau jari
yang sebelumnya sudah dibersihkan. Oleskan madu dengan lapisan tebal ke
seluruh kawasan wajah.Biarkan madu melekat pada wajah selama 15 minit atau
hingga satu jam ikut kemampuan anda,lagi lamal lagi baik kesannya.
5. Untuk menghilangkan madu, usapkan tuala
kecil yang telah dibasahi dengan air hangat ke wajah. Ulangi proses ini
sampai semua madu benar-benar bersih dari wajah.
Anda boleh menggunakan masker madu ini 2-3 kali
dalam seminggu atau sesuai dengan keinginan anda.Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment