Kebiasaannya ramai orang yang mahu dirinya supaya dijauhi
dari lintah atau pacat, ada beberapa petua atau kaedah untuk mengelakkan
daripada digigit lintah ini antaranya..
- Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering ataupun
- Menyapukan minyak kayu putih pada kulit
Ada juga kawan yang mensyorkan sebelum masuk ke
dalam hutan atau ladang, siramkan pada kaki dan kasut dengan air tembakau
pacat atau lintah InsyaAllah takkan gigit atau naik pada kaki kita.
Sebelum masuk hutan, pastikan anda memakai stokin
sebaik-baiknya jenis cotton supaya pacat tidak boleh masuk. Kalau stokin biasa
yang jenis strtchable tu, pacat memang senang-senang masuk. Kalau tidak
pun, lumurkan kaki dengan sebarang losyen atau minyak angin pada seluruh
kaki dan tangan (kadang-kadang pacat jatuh dari daun),pasti pacat tak lekat
punya. Sebagai langkah tambahan, pada jungle boot anda semburkan bygon.
bygon .
Ada Cara Elakkan Gigitan Pacat?
Tiada jaminan untuk mengelakkan ’serangan’ pacat
sekiranya anda berada di ‘lubuk’ pacat.Semburan ‘insect repellent ‘pada kasut
juga kadangkala berkesan untuk elak daripada dipanjat pacat.
Kaedah yang paling ‘reliable’ ialah dengan menutup
kulit daripada terdedah. Namun, pacat boleh menerobosi lubang-lubang kasut dan
lubang-lubang fabrik yang bertenun kasar.
Penggunaan ‘leech socks’ juga dapat mengelakkan
‘direct contact’ dengan pacat.
Jika sudah kena gigit pacat atau
lintah..bagaimana nak buang?
Sekiranya anda digigit pacat atau lintah dan harus
membuangnya sebelum ia ‘kenyang’ ( lintah atau pacat selalunya akan jatuh
dengan sendiri setelah ‘kenyang’) elok ikut langkah-langkah berikut:
1. Kenal pasti bahagian anterior (mulut) pacat,
biasanya di bahagian hujung yang lebih kecil.
2. Letak jari anda ‘adjacent’ dengan mulutnya.
3. ‘Slide’ jari dengan kemas ke arah luka tempat pacat ‘menyedut darah’.
4. Umpil dengan kuku. Apabila sudah tercabut bahagian mulut, kalih bahagian posterior pula dengan segera.
tapi ada juga yang mencadangkan...
- Titiskan air tembakau pada lintah
- Taburkan garam di atas lintah
- Titiskan perahan jus limau atau oren pada lintah
- Taburkan abu rokok di atas lintah
- Tuang sedikit minyak angin atau minyak cap kapak
lepas tu pasti lintah tu jatuh
Tapi ada juga yang tidak menggalakkan
sebab...
NOTA: Lebih baik elakkan daripada
menggunakan tembakau, ‘mosquito repellent’, syampu atau garam untuk mebuang
pacat yang sedang menghisap darah. Elakkan juga menarik pacat yang sedang
menghisap darah. Ini kerana pacat tersebut akan ‘muntah’ ke dalam luka dan
menyebabkan jangkitan kuman yang teruk, lebih teruk daripada gigitan pacat itu
sendiri.
Rawatan Selanjutnya?
Pastikan bahagian luka sentiasa bersih untuk
mengelakkan jangkitan kuman. Cuci dengan air, sabun dan ‘bandage’ ia. Pendarahan
mungkin berterusan untuk beberapa lama disebabkan oleh ‘anti-clotting’ enzyme’
yang dihasilkan oleh pacat tersebut.
Selalunya bekas gigitan pacat akan gatal dalam
tempoh yang agak lama sewaktu dalam proses untuk sembuh. Elakkan menggaru di
situ kerana akan menyebabkan jangkitan kuman yang lebih teruk.
Letak ais sekiranya bengkak.
Sekiranya kesan gigitan itu agak teruk atau
mengalami jangkitan kuman yang serius, segera dapatkan rawatan doktor .
Tapi kalau anda berani serta tahan geli ketika sedang
‘dinikmati’ oleh pacat. Biarkan sahaja ia ‘hisap darah’ hingga kenyang dan
jatuh dengan sendiri. Kalau seekor sahaja, bolehlah dibiarkan saja.Kalau banyak
jangan dibiarkan saja. Buatlah apa yang kak Reen syorkan diatas.
No comments:
Post a Comment