Sakit
tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak
mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia
juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam
selesema di kalangan orang ramai.
Kali
ini saya nak berkongsi rawatan sakit tekak akibat kahak dan awal selsema yang
mudah dan praktikal. Ada dua teknik.
1) Menggunakan habbatul barakah / habbatus sawda' yang merupakan ubat segala penyakit kecuali as saam; mati: Ambil secubit- tiga cubit habbatul barakah atau as sannut di dalam hadis yang lain juga lalu digigit perlahan2 lantas dikepat lama2. Insya Allah anda akan dapati kahak anda mula cair dan penderitaan anda perlahan2 berakhir... amalkan dua kali sehari.
2) Seperti yang diaja oleh guru kami di dalam kitabnya sufi healing / di dalam bahasa Arab: Al Ilaju at Tabie: sila ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.
Petua Orang-Orang Tua@ Tradisional untuk Sakit Tekak
1) Menggunakan habbatul barakah / habbatus sawda' yang merupakan ubat segala penyakit kecuali as saam; mati: Ambil secubit- tiga cubit habbatul barakah atau as sannut di dalam hadis yang lain juga lalu digigit perlahan2 lantas dikepat lama2. Insya Allah anda akan dapati kahak anda mula cair dan penderitaan anda perlahan2 berakhir... amalkan dua kali sehari.
2) Seperti yang diaja oleh guru kami di dalam kitabnya sufi healing / di dalam bahasa Arab: Al Ilaju at Tabie: sila ambil setengah biji lemon dan satu sudu madu asli lalu dilarutkan di dalam segelas air suam... Sila minum sehingga benar2 lega.... Minumlah 2 - 3 kali sehari.
Petua Orang-Orang Tua@ Tradisional untuk Sakit Tekak
Masa kecik2 dulu, kalau sakit tekak selalunya ada petua2yang mak kita selalu amalkan untuk anak2 dia macam akan buat air asam jawa yang diembun semalaman dan esok nya minum.
Dibawah
ini ada Petua lain yang boleh diamalkan bila kena sakit tekak
dan batuk.
Merawat
Sakit Tekak
Jika
anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam
keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus.
Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah
itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan
sembuh seperti sediakala.
Batuk
akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong.Cubalah
mengikut petua ini:
- Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam.Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
- Rebus beberapa biji buah pisang masak.Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula.
- Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat.Campurkan dengan gula danembunkan selama satu malam.Minum dua kali seminggu.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
1. Ambil segengam daun cekur hitam ,carik-carikkan daunnya dan rendam dengan air panas bersama gula batu. Bila sejuk barulah diminum.
2.
Kumur dengan air garam setiap hari .Sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Rawatan
Lain
1.
Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur
dengan air suam.
2.
Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat segi analgesic dan
antipyretic.Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak.
Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk
kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye’s.
3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.
Teh
Bawang Putih, Minuman Penyembuh Radang Kerongkong
Radang
tekak biasanya disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Biasanya
radang tekak sering menyerang pada musim sejuk.
Ketika mengalami radang kerongkong , terus saja pergi ke dapur anda dan gunakan bawang putih, seperti disiarkan oleh Live Strong (16/01/11).
Cara yang disyorkan oleh Mayo Clinic ini
cukup mudah, anda hanya perlu menyiapkan air, bawang putih mentah, teh, dan
madu.
Pertama, rebus secangkir air. Kemudian masukkan empat ulas bawang putih dalam air yang mendidih. Kecilkan api, dan biarkan hingga lima minit.
Setelah itu, matikan api dan sejukkan air hingga
lima minit. Anda boleh menghirup wap dari rebusan tersebut untuk
membersihkan kawasan pernafasan.
Biasanya bakteria dan virus boleh tersebar dari hidung ke tekak. Sehingga menghirup wap bawang putih kemungkinan boleh membunuh beberapa bakteria di aliran pernafasan.
Setelah sejuk masukkan air rebusan bawang putih itu ke dalam cawan. Pastikan bawang putih yang direbus tidak ikut masuk ke dalam cawan. Kemudian celupkan teh dan tambah satu sudu makan madu.
Madu sebagai bahan antibakteria menambah khasiat minuman untuk meredakan radang di kerongkong. Campurkan Madu ke dalam cawan tadi dan kacaukan hingga madu bersatu dengan teh dan air bawang putih. Teh bawang putih pun sudah siap untuk diminum! *
Tq untuk info.dah seminggu suami sakit tekak dan anak batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖 nak cuba lah..
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1