Nuffnang ads

Sunday, 13 October 2013

MEREDAKAN DEMAM KUNING BAGI BAYI






1. Daun kucai boleh meredakan demam kuning bagi bayi yang baru lahir.
Ambil beberapa pokok daun kucai dan carik-carikkan daunnya dalam air suam sebelum memandikan bayi.

2. Daun belimbing buluh juga boleh meredakan demam kuning. Ambil secekak daun belimbing buluh dan rebus . Campurkan dengan air mandian bayi sebelum memandikan bayi.

3. Ambil bunga belimbing buluh yang belum terbuka dan ramas kedalam air masak. Berilah bayi minum beberapa kali. kuning akan kelihatan di pampers bayi.

4. Sagat sengkuang cina dan ambil airnya . Bagi bayi minum. Banyak lagi petua untuk menghilangkan penyakit kuning bayi. Yang penting bayi mesti minum banyak air dan susu ibu. Waktu bayi kena kuning ibu yang makan ubat tradisional hendaklah menghentikan dulu ubat itu.
Yang penting semasa menggunakan petua diatas hendaklah membawa bayi ke klinik. Jangan lupa jemur bayi dibawah sinaran matahari pagi yang belum terik sebelum pukul 10 pagi.
Semua petua ini kak Reen guna semasa melahirkan anak dulu. Ke enam-enam anak kak Reen tak ada masalah penyakit kuning .Alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment