Daun betik adalah sejenis daun yang pahit jika
dikunyah. Ramai orang melayu terutama yang membesar di kampung-kampung tahu
akan khasiat pucuk betik. Justeru itu ramai yang menjadikan pucuk betik sebagai
ulam dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.
Kak Reen mendapat maklumat ini daripada blog di internet beberapa tahun lepas . Semenjak itu apabila demam melebihi dua hari gua akan merebus daun betik dan minum airnya. Dengan izin tuhan demam gua kebah.
Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi
1. Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
2. Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan daunnya sahaja.
3. Bersihkan daun tersebut
4. blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
5. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
6. Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi .
7. kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
8. Ingat pahinya bukan main. ulang minum selepas dua jam
Ini lagi satu cara mengubati denggi
Kaedah:
Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (seperti dalam gambar di atas/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).
Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.
Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.
Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.
Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.
Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.
Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan? Insya-Allah.
Rasanya ramai yang lebih rela makan sup ketam untuk merawat demam denggi. Tapi bagi orang perempuan daun betik muda adalah ulam yang amat mujarab untuk kesihatan.
Thanks for sharing dear..bagus info ni..jom bace tips sy..
ReplyDeleteSup Ketam Penawar Demam Denggi