Obesiti
Untuk
mengurangkan berat badan, amalkan memakan satu atau dua biji tomato setiap hari
tanpa perlu mengambil sarapan selama 2 bulan. Kaedah ini dianggap cara
yang paling selamat untuk mengurangkan berat badan, walaupun anda tidak
mengambil sarapan usah bimbang kerana tomato akan membekalkan elemen-elemen
penting yang diperlukan untuk badan seperti tenaga dan gula semulajadi.
Gangguan
Pernafasan
Gangguan
pernafasan seperti lelah dan asma sangat merimaskan dan membataskan pergerakan
anda bukan? Dengan hanya meminum satu gelas jus tomato segar dicampurkan
bersama madu dan buah pelaga setiap hari mampu melawan penyakit ini.
Tomato akan bertindak sebagai agen pertahanan badan dan selain itu juga
membantu untuk mengurangkan pencampuran ubat-ubatan yang selalunya terjadi pada
penghidap penyakit batuk berdarah.
Usus
dan Hati
Berkesan
merawat masalah penghadaman, angin dalam perut dan sembelit. Anda hanya
perlu meminum segelas penuh jus tomato segar setiap hari yang dicampurkan
dengan sedikit garam dan lada sulah. Seeloknya diminum di awal pagi
kerana ia memudahkan penghadaman. Selain daripada membantu merawat
masalah usus dan hati, ia juga boleh membantu ibu yang mabuk di awal
kehamilan. Lebih elok sebelum dijadikan jus, kulit buah tomato itu
dibuang untuk memudahkan penghadaman dan masalah sembelit.
Mata
Tomato
sangat baik untuk kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin A.
Penyakit mata seperti rabun malam dan rabun jauh atau penyakit mata yang lain
terjadi kerana kurangnya vitamin didalam badan. Bukan sahaja lobak merah
atau berri baik untuk mata, tomato juga boleh membantu menghasilkan vitamin
yang diperlukan oleh badan. Tidak hanya tomato berfungsi membantu
mendapatkan mata yang sihat, daun dari pokok tomato jika direndamkan didalam
air panas selama 15 minit dan ditutup rapat mampu untuk merawat penyakit saraf
mata. Tomato hanya perlu dijadikan jus dan diminum setiap hari pada waktu
pagi dan malam.
Kulit
Tomato
sangat sinonim dengan kecantikan dan kesihatan kulit juga. Manfaatnya
yang tersendiri untuk melicinkan dan menegangkan kulit amat diyakini oleh
masyarakat dunia. Dikatakan makanan yang dimasak dengan kandungan tomato
yang tinggi boleh membantu kerosakkan kulit akibat cahaya matahari. Jika
tidak gemar untuk dimakan, apakata cuba jadikan tomato sebagai masker pada
muka. Hanya potongkan tomato dan gosokkan nya pada muka setiap hari
sebagai amalan. Nescaya kulit anda akan lebih berseri kerana air dari
tomato membantu untuk membuang sel-sel kulit mati. Untuk hasil yang lebih
baik pada kulit anda, makan tomato mentah setiap hari kerana ia mempunyai
vitamin A, vitamin C dan vitamin E.
Kanser
Prostat
Untuk kaum
lelaki, tomato sangat besar khasiatnya untuk mengurangkan risiko mendapat
kanser prostat. Kanser prostat didapati boleh membunuh kaum lelaki secara
perlahan-lahan kerana tiadanya tanda-tanda awal yang drastik. Amalan
memakan 10 biji tomato setiap minggu mengurangkan anda kepada risiko kanser ini
sehingga 35%. Apa sahaja makanan yang berasaskan tomato dianggap baik
diamalkan.
Kencing
Manis
Kandungan
karbohidrat yang sangat rendah didalam tomato menjadikan ianya salah satu
sayur-sayuran yang baik untuk pesakit kencing manis. Tomato berfungsi
untuk mengawal peratusan gula dalam darah dan air kencing pesakit kencing manis
ini. Amalkan memakan tomato secara mentah setiap hari apabila lapar bagi
mengantikan nasi atau makanan manis yang lain. Diet ini membantu pesakit
kencing manis untuk mendapat khasiat yang sama seperti memakan nasi tetapi
melalui makanan yang lebih baik dan berkhasiat.
Kutil
Jika anda
mempunyai kutil atau ketuat ditubuh anda, tomato boleh membantu untuk membuang
masalah luaran anda itu. Hanya perlu rendamkan tempat yang mempunyai
kutil atau ketuat itu ke dalam air suam selama 10 saat dan kemudian hiris kecil
tomato yang masih hijau untuk diletakkan pada kutil atau ketuat yang ada
selepas itu balut dengan kain dan hanya buka pada keesokan paginya.
Amalkan setiap malam nescaya kutil dan ketuat itu akan berkurangan dan mati.
No comments:
Post a Comment